Agenda Propaganda Menyerang MN
Resah dan gundah gelana hampir seluruh akar umbi MN apabila baru2 ini dikhabarkan bahawa PPBM akan menjadi sekutu kepada Parti Pas untuk mendaftar PN secara sah..
Walhal secara dasarnya hampir keseluruhan akar umbi MN mengetahui dengan jelas bahawa ppbm pada hari ini semakin merosot pengaruhnya akibat penghijrahan ahli2nya ke Parti baru Tun iaitu Pejuang..
Situasi ini sememangnya bakal menguburkan PPBM lambat laun,meskipun Kem Azmin telah menyertai parti ini. Namun ia tidak mampu untuk merubah fenomena yang sedang berlaku dan akan terus berlaku..
Maka bukanlah sesuatu yang pelik apabila wujudnya propaganda2 yang bertali arus dilancarkan terhadap MN dengan bertujuan untuk mengharapkan agenda tersembunyi mereka2 ini berjalan lancar dan berjaya..
MN sebenarnya sudahpun memiliki kekuatannya tersendiri tanpa perlu penyertaan daripada mana2 pihak..ini adalah realiti sebenar yang menjadikan pihak musuh sentiasa sakit kepala dalam mencari ikhtiar mencantas kekuatan yg semakin hari dilihat semakin kukuh dan mantap..
Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan juga,apabila selepas meletusnya berita kononnya PPBM akan membentuk PN secara rasmi dengan PAS,kita dengari banyak pihak yg bergegas mahu menyertai PPBM..bermula dengan kem Azmin sehinggalah MP2 daripada Parti Amanah..
Persoalannya di sini,adalah kenapa semua ini sebegitu mendadak?? Dan apakah sebenarnya yang sedang direncanakan disebalik semua ini??
Kita cuba mengupas sedikit secara ringan dan rengkas agar masing2 dapat menilai babak2 serta watak2 seterusnya..
Bermula dengan tersebarnya info berkenaan besar kemungkinan PRU15 akan berlaku dalam masa terdekat ini,ianya secara tidak lansung menjadikan segelintir pemimpin2 drpd pelbagai parti berada dalam keresahan..terutamanya bagi mereka2 yang mula menghidu nasib sendiri yang bakal hilang kedudukannya..termasuklah broker2 parti..
Maka untuk memastikan status mereka2 ini terus terjamin..diantara pilihan terbaik dan paling selamat adalah memastikan PPBM berjaya menjadi sebahagian daripada MN ataupun PN..
Kerana dengan keberadaan PPBM yg telah berjaya menyertai samada MN ataupun PN.bermaksud akan wujud sedikit peluang untuk berunding berkenaan kerusi ketika PRU kelak..sekaligus meraih kembali nyawa politik yg hampir pupus.
Bukanlah mustahil sekiranya Bersatu akan menggunakan landasan PN untuk mendesak rakan sekutunya PAS berunding dalam MN dalam agihan kerusi..dan pastinya juga akan wujud sedikit permintaan yg melebihi kadar nanti..kerana bg memastikan kedudukan pelompat parti dan broker2 mereka juga selamat.
Maka mengwujudkan propa2 yang mampu memecahbelahkan akar umbi adalah satu kaedah yang paling byk mendatangkan manfaat..Tidak kiralah samada propa tersebut ditaja oleh pihak mana sekalipun..apa yg pasti..
Parti manakah yg paling untung disebalik perpecahan tersebut??
Peluang pihak manakah yg lebih cerah selepas akar umbi MN berpecah belah?,
Siapakah yang selama ini beria2 menyerang MN??