Bapa temui sendiri anak & rakan lemas karbon monoksida dalam kereta



 Dua gadis telah disahkan meninggal dunia selepas dipercayai  lemas akibat terhidu karbon monoksida selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

2 maut, 2 kritikal

Menerusi laporan daripada Harian Metro,  Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri meninggal dunia dan dua lagi rakan mereka yang juga pasangan kembar,  Nor Adilah Mohd Safwan and Nor Aqilah dilaporkan kritikal.

Bapa temui sendiri anak di dalam kereta

Menurut Bapa kepada Ayuni Shazwanie Shabri ,21 dia telah keluar mencari anaknya sendiri kerana bimbang anaknya dan rakan-rakan masih tidak pulang ke rumah ketika jam sudah menunjukkan 11 malam.

Ketika tiba di stesen minyak berkenaan, Shabri mendapati enjin kereta dinaiki empat sahabat itu masih hidup dan kesemua mereka sudah tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi petugas perubatan.

diklarifikasikan sebagai mati mengejut

Menerusi laporan daripada sumber, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisoner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi.

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku.

“Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga yang lain dikejarkan ke HSJ.”

“Bagaimanapun, Ayuni Shazwanie menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.”

Pelajar2 farmasi

Terdahulu, empat pelajar jurusan farmasi didapati tidak sedarkan diri di stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan ketika ditemui oleh salah seorang daripada bapa mangsa.

Mereka dipercayai telah pergi ke Pulau Jerejak dan dalam perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing sebelum kejadian tersebut berlaku.